Friday 20 July 2012

salam ramadhan ..

pejam celik pejam celik , dah puasa tahun ni . ramai yang dah updated blog
aku pun tak nak lepaskan peluang ini. aku rasa macam baru puasa tahun 
lepas . eh , tadi aku tengok berita negara indonesia ke ? negara apa dia
dah puasa dah . esok masuk hari kedua diorang puasa .tak sabar rasanya
nak puasa esok .

yang sedihnya , tahun ni aku first time berpuasa kat asrama . jauh dengan family 
ohh sungguh sadis . dah lah tahun ni boleh balik jarang-jarang je . aduyaiii .
nasib badan .tapi tahun lepas kakak senior cakap boleh balik setiap minggu .
asal tahun ni tak boleh ? batch 96 selalu je nasib malang . sape tahu berita apa
yang digempar-gempurkan sekarang ? nanti i bagi lollipop satu kalau betul .
tahun depan pelajar boleh bawak handphone ke sekolah  yahhhoooo ! tapii...
jangan gembira dulu sebab keputusan belum muktamad .

tahun ni aku tak boleh pergi bazar , tak boleh beli kuih-muih yang aku suka
tak boleh terawih kat masjid permint ngn ma , tak boleh bangun sahur dengan
family , tak boleh tengok tv mase sahur . semuanya dah tak boleh dengn family .
baru aku tahu sekarang , betapa bahagianya hidup aku dulu.baru sedar sekarang
baru aku nampak sekarang . lumrah hidup memang macam tu . aku sayang 
kehidupan aku . walau apapun terjadi , aku akan hargai hidup aku walau seburuk
mana pun kehidupan itu kerna itulah kehidupan realiti aku bukan fantasi .

di sini saya ingin memohon maaf kepada sesiapa yang kenal saya , semoga 
menjalani ibadah pose dengan lancar . jangan ponteng puase tau . jangan curi-
curi makan tau . tuhan nampak . ingat tu ! okey . bye .assalamualaikum .

Sunday 8 July 2012

memoir

assalamualaikum ..

haii , rindu saya tak ? act, saya dah balik hari khamis dah. tapi malas melanda diri dan 
letihand nak rehat dekat rumah . meh nak story dekat korang apa yang dah jdi kat 
asrama banyak perkara tak baik berlaku , perkara mengerikan pun ada . sapa nak 
dengar ? cepatbuka telinga tu luas-luas anddddd concetrat .. *salah eja .haha .

pada ahad petang, aku menjejak kaki ke aspuri smtt . baru datang dah kena tidur 
dorm lain . teta 5 sebab musabab ada tetamu datang .then sekali lagi kena tidur 
lain . aku tidur teta 2 dengan kawanku syu tersayang .memang banyak perkara 
buruk berlaku , first, kawanku fatty sudah kembali ke sekola kembali selepas dua
minggu tak hadirkan diri . aku sangat rindu kau fatty . tapi kedatangan tak lama 
dia sudah tidak boleh menyesuaikn diri di situ . aku sangat kesiankan dia . dia 
kawan yang baik bagiku . dia seorang yang bijak,pandai . aku suka kawan dengan
kau fatty . 

masih banyak perkara yang aku ingin cerita tetapi aku takut untuk menaip kisah 
.... minta ampun semua . semalam 7.7.12 aku pergi sambut bithday anak sepupu
ku adik sham& adik liya . sungguh meriah pastinya.ini akan menjadi sebuah memoir
bagiku . pergi pustaka seri intan dengan mak , beli buku-buku rujukan . aku tak 
boleh belajar dengan hanya sekadar buku teks sahaja . then, nak pergi gunting 
rambut , cari kedai . tapi tak jumpa dan tutup . oh kedai gunting rambut , kenapa
kau begitu celaka tutup time aku nak gunting . aku sudah serabut dengan rambut
panjang bagai di asrama . susah untuk diurus .

kelmarin ku dengar kau ucap kata cinta ... eh , silap pulak . kelmarin jugak aku 
pergi makan ABC yang sudah lama aku idamkan . terima kasih ma ,terima kasih
kerana melayan kerenah anakmu yang cerewat ini , memandu kereta hingga ke
pantai batu buruk .esok akan ku masuk asrama . terasa lama nak sampai setahun
cukup sethun aku duduk di asrama . tahun depan tak nak ulangi perkara yang sama


aummm  terliur tak ?

minggu depan sudah masuk bulan ramadhan .tak sabar rasanya nak raya .haha 
time puasa tiap minggu boleh balik . ini yang aku suka . kalau balik hari-hari
lagi bagus . aku sebenarnya sudah kehabisan idea nak cerita dan menaip apa
penatku memerah otak tapi tak keluar jugak . nampaknya aku harus log out 
dulu . otey , bye salam . jumpa minggu depan .

Saturday 23 June 2012

ini kisah sedih ..

assalamualaikummm , 
salam diberi kepada semua pembaca-pembaca blog ini. jika tiada orang membaca,
takpe , aku jenis manusia yang tak kisah . hari ni 24 june 2012 . pukul 11.44 a.m
aku menulis entry ini dengan penuh rasa berat hati ingin meninggalkan rumah ini
walaupun hanya sekadar rumah sekangkang kera , tapi penuh dengan kasih sayang 
first,ku ingin meminta maaf banyak-banyak jika entry ini buat readers aku ada
yang menangis teresak-esak . *perasan . aku cuma ingin meluahkan isi hati aku 
sebelum aku pergi petang ini ke 'penjara' haha . ke hostel lah .

aku ibarat diriku dalam gambar ini ,  maaf   ,ini bukan diriku ,  ini hanyalah sekadar 
gambar dalam tumblr . aku sekarang tidak boleh upload banyak gambar sebab masalah
laptop yang tidak dapat diselesaikan . di sini aku ingin menyatakan   yang 'aku tk nak
balik hostel !!!! jika dunia tahu akan isi perasaan,hati aku ini betapa seksa dan tak  
tahannya aku duduk di sana . jauh beribu batu aku bahagia duduk di rumah . serius .
ini hal serius . bukan main-main . petang ni aku akan bertolak ke asrama  sekolah
menegah teknik terengganu pada pukul 3kot.entah  aku tidak pasti dalam pukul berapa
aku akan singgah di kedai dahulu untuk membeli biskut 'oat crunch chocolate
gelap dan air fanta bersama ibuku . semalam dapat mesej dari kawan yang
mengatakan aku tidak boleh masuk dormaku terkejut , ingatkan aku sudah dibuang 
atau digantung asrama , rupanya tekaan itu salah sama sekali . dorm aku 
teta 3 , budak indon tumpang . aduyaiii indon ,takpe , dia mari tempat kita ,
kita kena hargai dia . kan 1 malaysia . walaupun jauh di dalam hati aku marah
pada budak indon yang tidur dorm aku, katil aku . kenapa harus dorm aku ? 
persoalannya , kenapa dorm aku yang selalu menjadi mangsa ?ini tidak adil,
tidak adil , bak kata yuna .sudahlah label TETA 3 tidak diletak .adakah TETA 3
di anaktirikan oleh warden ataupun pengetua ? ini bukan hal aku aku tidak perlu ambil tahu .

sesungguhnya semua baju,barang sudah dipacked dan di kemas . homework ada sedikit 
yang dah siap.ada yang tak siap.biasalah pelajar kan.hari ni mak aku ambil cuti untuk
menghantar aku di asrama petang ini . sanggup mak aku . aku suka mak yang tak busy 
macam ni.tak macam biasa yang busy memanjang sampai tak ada masa untuk aku.ohh
sungguh sadis .waktu ini semua orang sedang belajar.aku jugak yang untung .pagi tadi
aku sudah pun bersarapan nasi lemak kupang dan air teh strawberry yang di beli di 
cameron highland time cuti hari tu.sangat indah hidup mcm ni tak macam kat asrama 
sekolah kubang ikan buat hari kantin hari ni.hajatku mahu pergi.dapat bertemu kembali
dengan cikgu-cikgu sekolah rendah.tapi sayangnya malu melubungi jiwa.sudah panjang 
entry kali ini . sebelum aku pergi, aku ingin cakap aku sayang semua orang, mak aku 
blog ni .minggu depan aku tak balik. minggu depan sekali lagi aku balik , pastinya aku 
akan updated blog . next month , puasa ,pastu raya . Ya Allah ! percepatkan masa
nak buat macam mana hidup mesti diteruskan, yakin boleh harungi dugaan ini sarah
mungkin Allah merancang sesuatu yang terbaik untuk aku .aku akan besabar selagi 
aku boleh bersabar . kekuatan utama aku ialah mak aku & yang maha esa . yeee, 
aku ingat dua ni ,aku boleh harungi segalanya.perlu mengundur diri . assalamualaikum .

jalan-jalan

assalamualaikumm . rindu saya tak ? mesti korang rindu kan . hampir ber-
bulan -bulan kot tak updated blog . saya kan sekarng duduk asrama . jadi
biasalah busy sikit . sekarang saya dah kembali . *lambai tangan . banyak 
benda nak cerita nih . saya cerita yang terjadi harini je dulu boleh tak ? 
sebab dah lama sangat cerita basi . jadi kita biarkan dia basi dulu ,haha 
kita story mory yang segar dulu yew . 
 
act, aku dah kena balik hostel petang tadi . tapi aku tak balik lagi , aku 
kena balik petang esok . ada kesulitan sikit. tadi aku pergi jalan-jalan
dengan mak dan kakak aku (kah) mula aku pergi ambik kah dekat psm 
dia nak ambil lesen motor kan . pastu .... malas nak cerita details .... 
pastu pergi kedai mkan . makan kuew tiew dengan mak titew .
mak aku dikelilingi aku dan kah tadi kat kedai .ohhhh lihatlah dunia 
betapa sweet and sayangnya aku kat mak aku . pastu ade orang giler 
datang kat aku minta sedekah .. bla...bla ...blaa 
 
aku nak beli tudung hitam aku yang dah hilang haritu , pergi beli beg 
sekolah kat arena . semua kedai dah pergi , last-last pergi arena .
pastu pergi pustka seri intan . beli pen banyak jugak ah . kay , 
sampai sini jew . adik aku nak main pulak netbook ni . buyy .
aku nak cakap kat dunia yang aku sangat-sangat sayang mak akuu .
 


Friday 22 June 2012

saya kembali.

hyeeeee , saya siti nur sarah bt mohd azhar kembali berblogging . eh , saya kena pergi . byeeee .

Saturday 28 January 2012

kehidupanku di hostel :)

assalamualaikum ..
peace ^,^v

dah 2 minggu  aku takupdated blog kan ? rindu tak rindu tak ?
haha . okey , ingat tak azam aku 2012 nak duduk asrama/hostel .
azam aku dah TERCAPAI ! yeahhhh ! mula-mula aku pergi daftar sekolah
tu nervous lah jugak tapi takdelah nervous giler . wkwkwk .act , aku balik
rumah hari khamis haritu dah . macam biase lah kan , aku kan suka cerita
citer basi . haha . nevermind . baca je lah . :) ni pun aku ambik masa jugak
nak updated ,sebab petang ni aku dah nak balik hostel balik .pergi daftar kat
sekolah tu dengan my mom tersayang lah . love you <3 awal-awal lagi aku 
dah kene tegur , sebab musabab tudung singkat . haha . aku bukan sekolah 
agama pun . sory , agak kwanghajar . cikgu kat situ cakap tudung kene labuh
sikit yew . aku angguk je , pastu cakap , yewww . haha . siapa tak kenal
aku kan . 

masa kat koperasi , nak beli baju batik . aku nak saiz s jugak . maklumlah 
aku kan jenis kecik . mula kak form 5 kot , dia kata takda , pastu dia 
bagi saiz m , mak aiii , besar kedebak . last-last mak aku pujuk , and dia
pun bagi saiz s . yeahh ! mak aku lagi , that why aku terlalu sayangkan
mak aku . mak aku ialah ibu yang terbaik di dunia . well . pastu pergi 
kat blok asrama , aku duduk TETA 4 , aku orang pertama sampai kat
bilik tu weh . bangga , bangga . haha . kotor lantai . biasalah bilik tu
kosong sebelum ni . aku plih untuk tidur kat bawah je . senang . sedorm
lebih kurang 12 orang kot . aku dah jumpa GENG , semua yang sedorm
ngan aku GENG aku , ketua dorm aku name LEHA . alah, macam ko 
kenal . haha . saja nak cakap .

tapi kan ,sebelah blok aku , blok gamma . blok untuk form 5. aku tak ..
errr , kalau nak suruh orang ikut teladan yang baik , ko buat lah dulu .
*faham-faham je lah . aku berkawan dengan
ANIS,SUE,SUEHA,SUHAIBA,SYIKIN & ramai lagi , tak ingat nama 
time makan , ke surau , kami akan pergi bersama.bagus kan ? heee .
SUEHA ni makk aiii ,kelakar nak mapus , gelak dia tu . sapa yang
dengar gelak dia mesti nak sama-sama tergelak . hahaha . masa nak
balik aritu aku balik dengan eimy , sebab mak aku kerja , and jauh .
okey , aku tahu . pastu ayah eimy belanja makan kat kedai KARI ASHA 
thanks ayah eimy , haha . ohh lupa nak cakap , aku duk kelas 4KP2 
tablemate aku satu dorm ngan aku jugak , ZAM . syukur alhamdulilah
kelas aku perempuan ramai pada laki . 

fisrt time dapat pengalaman duk hostel , saya shuka , saya shuka . 
PENGALAMAN TAK BOLEH DIJUAL BELI tau 
duduk 4 hari kat hostel, dah demam rindu kat mak ,rumah ,keluarga
,bilik tidur , sekolah chendring ,kawankawan lama . haha . 
bila dah balik rumah , baik dah demam . demam rindu lettew . 
mula-mula duduk aku nak balik . ramai yang nak balik . sebab kita tak biasa
kan . tapi bila dah masuk  hari 3 , dah biasa dah sikit . bak kata pepatah
ALAH BISA , TEGAL BIASA . *ayat nok mapuh . x tau betol ke dok or
kat kantin , aku suka minum air milo & mee sup . ohhh , aku ni 
SECOND-INTAKE jadi budak-budak first-intake boleh buli ye . berlgak .petang ni 
aku nak bertolak balik , bulan 2 ni tak balik kot , aduyaiii ~ 
barang-barang semua dah packed . harap-harap takde yang tertinggal 
jenuh mak aku nak hantar balik . okey , banyak aku citer op , okeng
cungg . bai .muahh lu sekali . akhirnya aku dapat updated blog tentang
hostel , merajinkan diri . :* :*

Friday 13 January 2012

saya suke awak ...


assalamualaikumm 

okey ni , aku nak share citer cinta beruk aku kat sekolah . biasalah 
kan . korang pernah tak minat kat seseorang tapi korang malu nak 
cakap ? aku tahu mesti ramai macam ni kan , sebab kite ni orang perempuan
nanti kalau kite cakap kat dia ,mesti orang cakap ' perigi cari timba ' kan 
demi menjaga maruah & martabat perempuan kan , kita letakkan 
tinggi-tinggi ego kita kan . sama jugak macam aku . 

aku minat giler babi kat mamat sorang ni weiii , sebab pertama ,dia baik
& dia SANGAT-SANGAT HENSEM macam muka pelakon 
VANILLA COKLAT . AIMAN HAKIM RIDZA . kenal tak ?
kalau sesape tak kenal tu aku tak tahu . google ah sendiri nama tu .
dia ni masuk sekolah aku pada tahun lepas , masa tu aku & dia form 3 lagi
dia      aku 3nur . aku mula-mula jumpa dia kat dewan sekolah 
dalam hati aku cakap hensemnya mamat ni . pastu aku tanya kawan
aku , budak baru ke ? kawan aku cakap hor , dia dari sekolah 
SMK TEMERLOH JAYA . aiiisshhh , sape bce blog aku hok sekolah 
aku alaberat lah . beng kabo ke yew odoe eh ,,, malu aku . hahaha . 

tapi minat aku pada dia lama-lama padam sikit-sikit sebab dia kapel 
dengan kawan aku , bukan di kalangan geng aku . kawan kelas lain .
nama tak boleh mention lah kan . masa         ni masuk , even nama 
dia bukan aiman , aku panggil dalam ni je        . masa       masuk ,
dah ramai perempuan minat dia , termasuk lah aku . setiap form mesti
ade minat dia kott , kawan aku yang kelas belakang pun minat dia . 
yang kawan aku minat dia tu , dia tahu , then dia tak layan pun kawan 
aku , sebab dia ni tak suka kot kelas belakang , dia kan bijak .kawan 
aku tu kira cantik dah . dia taknak. dia just nak awek dia je . untungg lah
awek dia kan . yang sekelas dengan dia pun ade minat and dia tahu jugak 
dia layan je , cakap-cakap baik je ngan perempuan tu . dia ni jenis tak
kisah sangat kot , tapi awek dia lawa lah jugak . 

then naik form 4 , aku duk sekelas dengan dia , yahoooo ! aku suka tengok
dia dalam kelas . dok dose op ? bia aku ahh .kelmarin aku suruh ajor 
math aku padahal aku tau doh jawapan ye . saje je nok suruh ye ajor .hahaha .macam gampang 
je kan aku ni . ahad ni hari terakhir aku kat sekolah tu , takboleh dah lah
aku tengok ye . adooiii . tapi kekgi kat sekolah nung , aku dok akan 
minat kat orang lain . aku akan MINAT MUNG SORANG JE

dear      ,aku tengok sokmo mung dalam kelas ,and sebab mung aku 
dokleh fokus dalam kelas, duk tengok ke mung . bukan senang aku 
nok minat & suka orang ea . jadi mung hargailah . haha . mung dok 
perasan ke ? ahad ni aku nok gop nombor mung , aku sokmo belajor
math ngan mung kan , masa mung ajor aku dok kan mung dok perasan 
aku tengok tah muke mung okmo . dok tengokpun tah buku . haha . 
bagus kan ? aku dok kan lupe mung bile aku g sekolah teknik
kekgi . yeeee , kita memang kawan kan , tapi
aku nok bende lain dari mg , 
PLEASE TREAT & LOVE ME MORE THAN A FRIENDS . 

*NOTA KAKI : sory , aku jiwang ket harini . sebab aku wat 
entry ni sambil dengar lagu rapuh by opick , se lagi , ahad ni 
hari last aku sekolah chendering , terlalu banyak kenangan sekolah
tu . thanks kepada semua cikgu kerana mengajar saya hingga tahap
ni . thanks kepada kawan-kawan , semua layan aku dengan baik 
harap-harap dapat jumpe di lain waktu .  insyaalah .