Friday, 20 July 2012

salam ramadhan ..

pejam celik pejam celik , dah puasa tahun ni . ramai yang dah updated blog
aku pun tak nak lepaskan peluang ini. aku rasa macam baru puasa tahun 
lepas . eh , tadi aku tengok berita negara indonesia ke ? negara apa dia
dah puasa dah . esok masuk hari kedua diorang puasa .tak sabar rasanya
nak puasa esok .

yang sedihnya , tahun ni aku first time berpuasa kat asrama . jauh dengan family 
ohh sungguh sadis . dah lah tahun ni boleh balik jarang-jarang je . aduyaiii .
nasib badan .tapi tahun lepas kakak senior cakap boleh balik setiap minggu .
asal tahun ni tak boleh ? batch 96 selalu je nasib malang . sape tahu berita apa
yang digempar-gempurkan sekarang ? nanti i bagi lollipop satu kalau betul .
tahun depan pelajar boleh bawak handphone ke sekolah  yahhhoooo ! tapii...
jangan gembira dulu sebab keputusan belum muktamad .

tahun ni aku tak boleh pergi bazar , tak boleh beli kuih-muih yang aku suka
tak boleh terawih kat masjid permint ngn ma , tak boleh bangun sahur dengan
family , tak boleh tengok tv mase sahur . semuanya dah tak boleh dengn family .
baru aku tahu sekarang , betapa bahagianya hidup aku dulu.baru sedar sekarang
baru aku nampak sekarang . lumrah hidup memang macam tu . aku sayang 
kehidupan aku . walau apapun terjadi , aku akan hargai hidup aku walau seburuk
mana pun kehidupan itu kerna itulah kehidupan realiti aku bukan fantasi .

di sini saya ingin memohon maaf kepada sesiapa yang kenal saya , semoga 
menjalani ibadah pose dengan lancar . jangan ponteng puase tau . jangan curi-
curi makan tau . tuhan nampak . ingat tu ! okey . bye .assalamualaikum .

No comments:

Post a Comment